Wednesday, August 15, 2012

Duit Raya

Pagi2 lagi bos dah call panggil gie bilik dia... bderau gak laa sebab pepagi dia dah call kan... belom masok waktu bkerja pun...


Sampul Duit Raya INTAN

  Tupp...tup... bila melangkah masuk aje bilik dia, dia hulur sampul duit raya dan ucap Selamat Hari Raya..... aduhaiiii buat kejutan betoilah bos aku nie pepagi.

Tuesday, August 14, 2012

EXORA BOLD







 


                                               
 



 


EXORA BOLD STANDARD EXECUTIVE PREMIUM
On The Road Price
with Insurance (Metallic)
RM60,012 (MT) RM67,212 (MT)
RM72,212 (AT)
RM80,012 (CVT)
Downpayment (10%) RM6,012 (MT)
RM6,812 (MT)
RM7,312 
(AT)
RM8,012 (CVT)
Loan (90%) RM54,000 (MT)
RM60,400 (MT)
RM64,900
(AT)
RM72,000 (CVT)
7 years - 2.99% RM775 (MT)
RM869 (MT)
RM934
(AT)
RM1,035 (CVT)
9 years - 2.99% RM633 (MT)
RM709 (MT)
RM762
(AT)
RM844 (CVT)
POWERTRAIN
Engine CPS CFE
Max Power (Horse Power) 93kW (125hp)
 @ 6500rpm
103kW (138hp) 
@ 5000rpm 
Max Torque 150Nm @ 4500rpm 205Nm @ 2000rpm
Max Speed 185 165 170
Acceleration 0-100 km/h 13.3 15.7 13.1
Fuel Consumption (L/100km) 7.8 7.4 7.2
Min Turning Radius
5.4
Fuel Tank Capacity 55 litre
CHASSIS
Power Steering Hydraulic
Suspension (front/rear) MacPherson / Torsion Beam
Brake (front/rear) Disc/Drum Disc/Disc
Tyre / Wheel Size 195/65 R15 205/55 R16
FEATURES
Seat Material Fabric Fabric Leather
Steering Leather Wrapped - - √
Smoked rear combi light - √ √
Body Kit - √ √
Tilt Steering √ √ √
Auto Door Lock √ √ √
Alarm & Keyless Entry Remote √ √ √
Power Window (Front & Rear) √ √ √
Reverse Sensor - √ √
Immobilizer √ √ √
Side Mirror with LED turn Signal √ √ √
Electric Side Mirror √ √ with electric fold
Audio System MP3 DVD + MP3
+ Bluetooth
DVD + MP3
+ Bluetooth
Dual SRS AIRBAG Driver Only √ √
ABS with EBD - √ √
Audio Switches Steering - √ √
Driver's Seat Height Adjuster √ √ √
Front Fog Lamp - - √
Rear Spoiler - - √
Auto Cruise
- - √
Reverse Camera (LCD) 
on rear view mirror
- - √
DVD/LCD Monitor with
SD/MMC Slot & USB Port
- - √
Navigation (GPS) - - √
Luggage Tray √ √ √
Door Visor
√ √ √
Tinted Windows √ √ √
Multipurpose Container √ √ √
Color Variations
  Elegant Brown
  Plum Red
  Genetic Silver
  Solid White
  Cocoa Grey

                                                   

Alhamdulilah, akhirnya pada 10.08.2012 aku berjaya mendapatkan kereta MPV untuk kegunaan keluarga... Selepas ini  JJM akan mendapat teman yang baru dan warna mereka berdua seakan-akan sama hihihi...  JJM  tidak akan ku jual sebab dia terlalu banyak berjasa kepada ku. 

Tetapi impian untuk dapat semasa hari raya rasanya tidak tercapai kerana dimaklumkan terdapat 2 orang customer yang masih menantikan MPV yang berwarna Elegent Brown nie.

Pada mulanya, suamiku meminta agar aku membeli MPV Estima @ Wish second hand tetapi aku membantah sekeras2nya kerana aku tidak mahu sakit kepala dengan kerenah kereta second nie. 

Aku mahu sepertimana JJM yang tidak pernah membuatkan aku sakit kepala. Walaupun kini telah hampir 8tahun dia berkhidmat kepadaku tetapi tidak pernah meragam... Aku berharap MPV yang bakal keluar tidak berapa lagi, jua akan sepertinya. 





Friday, April 20, 2012

Hari Jadiku Ke 31.... Tua dahhhhh




 
Set Perfume & Jambangan Bunga Ros

Jambangan Bunga Tulip
Inilah hadiah daripada suami ku untuk tahun ini.... Set yang pertama diberikan 2hari sebelum hari kelahiranku dan jambangan Bunga Tulip pada hari kelahiranku. Bunga Tulip ini memang aku idamkan selama ini sebab aku suka Bunga Tulip berbanding dengan Bunga Ros...

Saturday, April 7, 2012

Rumah ooo Rumah

Alhamdulilah, 30% daripada impian aku untuk memilik rumah telah berjaya... 2 minggu lepas aku dan suami telah membayar deposit rumah. Aduhhh, tak sangka sampai RM5K kena bayar untuk deposit tu. Puas aku dan suami mencari rumah yang berdekatan dengan Putrajaya. Akhirnya, kami bertemu jua :) ... Jarak dari rumah ke Putrajaya lebih kurang 15~20minit. So memang tak jauh.

Kena tunggu dalam 2-3minngu untuk aku sign SNP sebelum hantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan untuk proses loan. Kenapa ke situ pula?? Iyealah, mana aku mampu nak bayar cash 2++K hehehe... nasib baiklah aku dan suami kakitangan kerajaan, byk benafit yang kami perolehi.

Syukur ke hadrat Illahi.. Semoga lagi 70% impian untuk memilik rumah sendiri akan tertunai. Aminnn...

Wednesday, December 28, 2011

24.12.2011

24.12.2011 adalah tarikh yang aku dan sekeluarga tidak sabar2 menanti kerana tarikh tersebut kami semua sudah merancang akan pergi bercuti ke Cameron Highlands. Masing-masing menghitung hari demi hari dan membeli beberapa kelengkapan yang tiada.

Tapi..... pada pg 24.12.2011 sedang kami semua bersiap untuk gerak ke Cameron, kami mendapat panggilan dari kampung, menyatakan ibu saudara ku yang bongsu telah pun pergi buat selama-lamanya. Ya Allah.... mengapa semua ini berlaku dalam sekelip mata... Aku masih belum bersedia untuk menerima arwah pergi buat selamanya... dialah rakan sepermainan aku sewaktu kecil hinggalah kami semua mempunyai keluarga masing2. Beza kami hanyalah setahun sahaja.

Kami sekeluarga terus bergegas balik ke kampung. Tapi dalam perjalanan (sudah sampai pagoh) kami dimaklumkan jenazah sudah pun dikebumikan... Ya Allah, luluh sungguh hatiku. Mak aku lah insan paling terkilan kerana pada malamnya, mak singgah ke kampung. Dapat lihat arwah gembira kerana mak balik. Tetapi sewaktu mak hendak gerak balik, arwah sudah tido jadi dia tak sampai hati hendak mengejutkan. Cuma dia berpesan, "adik, tunggu angah balik eaa".

Mak Ude memberitahu mak, yang arwah mencari mak selepas sahaja mak pergi. Arwah nak jumpa dengan mak. Arwah kata mengapa tak jumpa dengan beliau sebelum balik. Ya Allah, bagaimanalah mak hendak menerima semua ini. AKu daoakan mak tabah menghadapinya.

Di akhir2 waktu, arwah memang terlalu manja dengan adik beradiknya. Hinggakan dia dipangku oleh salah seorang abgnya pada petang tersebut.

Hingga detik ini, aku masih terpandangkan wajah arwah yang tersenyum sahaja melihatku ketika aku pulang semasa hari raya haji lepas. Itulah kali terakhir aku melihat beliau. Sempat ku cium beliau dan menyatakan semoga beliau cepat sembuh. Tapi semua tu hanya tinggal kenangan sahaja.

Doaku semoga roh ucu ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.

Al-Fatihah....

Salina Binti Abdullah



Monday, December 5, 2011

♥Selamat Ulangtahun Perkahwinan♥

28.11.2011 merupakan ulangtahun perkahwinan ku yg pertama.. Yang teramat sweet, aku sambut bsama2 dengan kedua orang tua ku. Ulangtahun perkahwinan mereka jatuh pada bulan yang sama, iaitu 11.11.2011.

Semoga ikatan yang terbina akan terus diberkati oleh Allah dan diberikan kebahagiaan yang berpanjangan hingga ke syurga. Aminnn...






Thursday, October 6, 2011



Aku baru aje baik dari demam. Kali ni mmg kena demam yang teruk sekali. Tapi entah macam mana Pembantu Perubatan kat Klinik Kesihatan tu boleh kata aku tak DEMAM! Dia boleh cakap, biasalah kalau badan rasa sakit2 sebab nak selsema. Grrrr rasa nak aje aku sepak. Dia tak nampak agaknye yang muka & mata aku dah kemerahan, badan dah menggigil. Dahlah aku tunggu dekat sejam lebih, last2 mcm itu aje jawapan dia. Kalau aku datang semata2 nak MC, aku tak dtg arr klinik kerajaan. Gie masuk sekolah, belajar cara nak sukat suhu, OK!!!

Selesai aje ambil ubat, terus aku balik rumah dah melepek kat rumah. Aku nie kalau demam macam kain buruk. Memamg teruk giler. Call mak bagitahu yang aku demam, tangan kaki sejuk. Apa lagi.... risau lah diorang sebab aku dah lama tak demam mcm tu. Aku nie antibodi tak kuat, almaklum bayi tak cukup bulan. 7 bulan dalam kandungan mak dah minta keluar ke dunia hehehe...

Lepas en suami habis kerja, terus dia bawa aku ke klinik swasta. kannnn... aku demam. suhu pun tinggi. rasanya kalau aku saman pembantu perubatan tu tadi boleh tak??? Balik dari klinik, en suami kena gie Giant untuk membeli bahan masakan untuk esok pagi. Esok pagi ada tempahan. Siapa masak??? Haaaa, dah tentu en suami. Terpaksa buat, dah tak ada siapa boleh nak bantu. Semalam en suami tak tidur sebab menjaga aku. Letakkan tuala basah, rasa tangan & kaki aku. Sebab dah pesan kalau aku demam, aku mesti akan bercakap sendiri. Uikkk... iyea ke mak? Itu memang tahap kritikal demam laa tu..

Alhamdulilah, pagi tu aku dah beransur sihat. En suami pun boleh pergi kerja dengan senang hati walaupun diri tak cukup rehat. Doa aku semoga dia tidak jatuh sakit.
Aku demam nie pun gara2 tak cukup rehat. Dah 3minggu berturut2 aku tak de rehat walaupun hujung minggu.

Ok arr, masa pun dah nak habis waktu rehat, aku berhenti dulu. Daaa...