Sunday, April 27, 2014

Jalan-jalan Ke Utara

25 April ~ 27 April 2014 - Jalan-jalan ke Utara

Kali ini ikut en suami berkursus ke Utara. Sambil tu jalan2 sekali.
25 April 2014 - Jam 9 pagi bertolak dari JPA ke Institut Aminuddin Baki di Kedah

26 April 2014 - Masa untuk 'shopping' ke Langkawi.... 
Botak kepala en suami bila si isteri dah mula pegang pinggan mangkuk. 
nasib laa en suami jenis melayan. dari segi nak membayar dan mengangkut hahaha

27 April 2014 - Selepas sarapan terus bergerak ke Padang Besar sebelum balik semula ke Putrajaya
Alhamdulilah Jam 10 malam kami semua selamat sampai 






Friday, March 28, 2014

JJM Kesayanganku


Malam ini bateri kereta kesayanganku tetiba meletup... :-(   sedih sangat2. nasib baik kawan2 suami ku sanggup datang membantu... merajuk laa tu kan hihihi

Friday, December 13, 2013

Hari Inovasi 2013




Selepas kegembiraan Anugerah 5S kini, Anugerah sempena Hari Inovasi Tahun 2013 menjadi milikku..... 
Waktu diumumkan, hanya air mata kegembiraan yang mampu terluah.... 




Ini pula anugerah yang Cawangan Kewangan terima :

Kecemerlangan Pengurusan Kewangan (Johan)
Kecemerlangan 5S (Ketiga)

Jumlah keseluruhan yang kami perolehi ialah RM12,000.00 ... banyak kan
Alhamdulillah.

Waktu anugerah ini diumumkan hanya TSUB & KPSU & aku sahaja yang hadir. Kakitangan yang lain sedang sibuk uruskan majlis sambutan hari lahir Cawangan Kewangan.

Kemenangan berganda... hadiah untuk semua 




5S


Untuk tahun kedua, Kementerian mendapat Sijil 5S.... 
Stor Utama.... sudah tentu memain peranan besar. sebab di situlah yang diorang lawati dan hasilnya.....

.......
.........



Audit 5S memberikan label ini.... Ya Allah bersyukur sangat atas kurniaanMu... Bahagia tidak dapat digambarkan waktu beliau berkali2 mengucapkan perkataan keramat ini. Terasa segala penat lelahku selama ini terbalas. Kalau lepas ini aku keluar pun aku dah cukup bahagia sebab dapat meninggalkan sesuatu yang terbaik....


Saturday, November 30, 2013

Majlis Perkahwinan Adikku


Alhamdulilah, selesai majlis adikku... penat tak payah cakap laa... sampaikan tak ada sekeping pun gambar aku... adoiiii, punyer melaram dengan baju cantek kan hihihi... tak mengapalah asalkan berjalan dengan lancar.

Tapi paling tidak diduga ramai sungguh yang datang.... sampaikan tuan rumah dapat tapaw daging 7 ketul kihkihkih....

Orang yang paling berjasa sepanjang majlis adalah suamiku tercinta... dari pagi Jumaat sampailah malam sabtu. 1 dewan tu dia sorang aje yang menyapu. Nak harapkan aku sapu, confirm lepas tu aku terus selsema ler... syukur sangat2 kerana mempunyai suami seperti kamu... sayang giler laa dekat kamu hehehe....



wajah-wajah ceria sepupu-sepupuku.... terima kasih atas kehadiran kalian




Sunday, November 17, 2013

Alhamdulilah.... Teratak Kami

Minggu ni mak ayah datang Putrajaya sebab ada kenduri kahwin anak sedara ayah di Bangi. Lepas sahaja makan tengahari, aku terus bawa mereka melihat rumah yang sudah hampir siap 70%. Alhamdulilah, aku bakal mempunyai 1 lagi aset kekal. Terima kasih en suami kerana turut membantu merealisasikan impianku.

Kini kena kumpul duit dari sekarang untuk melengkapkan rumah dan menambahbaikkan rumah sebelum kami masuk dengan rasminya. Rata-rata kawan-kawan yang telah masuk belanjakan hampir RM10~30K... Mudah2an Allah permudahkan diriku. Amin





Sunday, November 10, 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum,

Lama tak on blog nie... tak pasti sama ada tak ada mood atau banyak sangat kerja yang perlu dilaksanakan...

Tanggal 2 November 2013 (Sabtu) adikku selamat diijabkabulkan... Tahniah ikin. Lepas ini susahlah kalau aku nak minta tolong apa2 sebab dia dah ada suami. aku pun dah tak boleh nak buli dia hehehe...

Diorang ni nikah dulu sebab nak mengelakkan bulan Muharram.. Biasalah ikut adat2 orang jawa. Kami tidak mempercayai tetapi lebih kepada menghormati permintaan orang tua2.

Kali ini aku sedih sangat sebab nenek ku yang tersayang tidak ada bersama. Terasa sangat2 akan ketiadaan arwah semasa majlis ini. Moga nenek tenang di sana....