Thursday, August 8, 2019

Terlalu Memuja


Berulang suara hati
Berbicara tentang dia
Senyuman pun canda bahagia
Kini sepi dalam memori semalam
Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
'Ku tempuhi dalam kedukaan
Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia
Hamparan hati yang dulu pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku
ho-o
Terlalu memuja
Disini berakhir segala
Episod bersamanya
Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
'Ku tempuhi dalam kedukaan
Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia
Hamparan hati yang dulu pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku
ho-o
Terlalu memuja
Aku dipersia
Tibalah waktunya
Rintihan berlalu

JJM


aduhaiii kena cium pulak JJM ni.. bila tengok yang langgar tu ðŸ‘¨ rasa nak marah aje. beli lesen ke sampai nak parking pun tak tahu ðŸ˜¡ðŸ˜¡ðŸ˜¡. 

tapi hati sejuk sikit sebab ðŸ‘¨ dia tunggu akak keluar dari beli barang. kalau dia lari, memang viral lah muka sebab cctv ada kiri kanan depan belakang ðŸ˜Š

satu hal nak bawa pergi klinik JJM ni .. dugaan sungguh. mungkin ada yang Allah nak beri selepas ni yang lebih baik. mungkin diganti dengan X70 ke hahaha ðŸ˜‚😂

DeFa Sempoi sila uruskan yea ðŸ˜€

Wednesday, June 12, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019




Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019.. Tahun ni team raya rumah mertua.

Tapi menjelang petang, akak diserang deman pula. gigih en suami pusing mencari klinik yang buka. akhirnya jumpa di bandar Tengkera. macam biasa, ramai yang datang bertamu


Esok en suami carikan makanan kesukaan akak... putu piring viral melaka. rezeki kami bila datang tu takde orang lagi beratur panjang. 








Wednesday, April 17, 2019

Tuesday, April 2, 2019

Kursus Perakaunan Akaun Amanah, Deposit dan Panjar

Kursus Perakaunan Akaun Amanah, Deposit dan Panjar
25-28 Mac 2019







corat-coret berkursus selama 5hari 4 malam di Institut Perakaunan Negara Sabak Bernam..
tahu depan akak memang nak datang sana bawa kereta. tak mahu lagi naik bas IPN huhuhu..

selama 3 jam menanti peserta dari Segamat yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. rasa nak turun bas aje masa tu. 

selepas kursus hari pertama, berusaha cari tempat makan bila nak guna app Grab tak ada pula di kawasan tu. guna apps Mycar berkali-kali retry driver pun takde. akhirnya cari alternatif lain, jomm sewa kereta. bila dah dapat, evcited sangat, cepat2 bersiap. sebab tu mak pesan, jangan gembira sangat. tunggu dekat pejabat asrama sampai 1 jam lebih, tidak kunjung tiba. aduhaiii apalah susah sangat. bila call/whatsapp cakap OK OK tapi KO. terus aku batalkan tempahan. bila dah batal, baru cakap dia dah ada depan guard. ko rasa? minta maaflah encik, kalau nak berniaga bukan macam tu. ikut pada apa yang kau janji. kalau setakat tunggu 15 minit boleh terima lagi. ni dekat 1 jam setengah kot. 

sebab tu, untuk tahun depan ... aku dah nekad nak bawa kereta sendiri aje walaupun tak boleh nak tuntut.

sila lah majukan kawasan tu, sedihhh...  

Salam Perpisahan

Selamat tinggal Shila... semoga berjaya di tempat baru