Sunday, January 16, 2011
Tuesday, January 11, 2011
♥♥♥Ombak Rindu♥♥♥

Tak sabar menanti kemunculan filem nie... Adakah ianya sehebat novel yang telah digarab sungguh puitis penulisnya "FAUZIAH ASHAARI"... Sama2 laa kite nantikan bersama2.
Bab pelakon memang best cuma terasa kurang sesuai Maya Karin sebagai Izzah. Tapi mungkin pengarah lebih mengetahui akan kehebatan pelakon nie.
Inilah novel sebenar filem tersebut. Berapa kali membaca? Banyak kali jua aku membacanya. Pada sesiapa yang masih belum membacanya, aku syorkan bacalaaa... memang tidak rugi pada siapa2 yang suka membeli novel :)
Pengarang : Fauziah Ashaari
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-097-7
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Friday, January 7, 2011
Tafsiran Diriku
Inbox me any number between 1 and 5000 and I'll make your number my status and write what I think about you.....
Thursday, January 6, 2011
Merokok
Merokok??? Weiii busuknyaa... mesti guys yang merokok akan marah tapi itu adalah realitynya pada aku. Aku? aku memang tak boleh bau asap rokok nie. Hidung aku nie sensitif sangat dengan asap rokok nie...En Defa? Yuppp dulu dia memang perokok tegar tapi sekarang alhamdulillah sedikit demi sedikit kurang ketagihannya. Bila berdepan ngan aku lagie laa dia tak merokok sebab hidung aku memang tak boleh hidu asap rokok. Nanti selsema aku bertambah teruk. Aku nie alahan pada habuk.
Kat mana En Defa merokok kalau kat rumah???
Kat sini hehehe.... [luar rumah] dan....
di sini.... toilet kedua. Toilet di dalam master bedroom memang diharamkan sama sekali menghisap rokok lalalalala....
Skrang nie kadar pengisapan rokok oleh En Defa telah berkurang. Kalau dulu sekotak untuk sehari tetapi kini sekotok boleh bertahan sehingga ke 2-3hari. Bergantung pada kawan2 yang datang mencucuk2 beliau hehehe....Tapi aku akan tetap usahakan agar En Defa berhenti merokok untuk selama-lamanya. Ini pun untuk kesihatan sendiri dan isteri kan...
KATAKAN TIDAK PADA........... :))

S
Makan Malam
Kang kalau dimasak pedas2 asyik berulang ke toilet. Padahal aku nie tergolong dalam kategori insan yang suka makan pedas tapi aku dikurniakan seorang suami yang tak tahan makan pedas. Kesian pulak kalau masak ikut selera tekak aku.
Dalam pening2 dok pikir apa nak masak, tapi tangan ligat keluarkan segala stok makanan dalam frezz dengan harapan akan dapat ilham. Tapi ilham tak datang2 pun.
Akhirnya... inilah yang terhasil oleh airtanganku....

Ikan masak kicap, ikan goreng bersama ayam goreng dengan tepung adabi....Paling ringkas dan mudah sahaja tapi yang penting En Defa berpuas hati. Alhamdulillah...
So, untuk malam nie apa pula yang perlu aku masak nie. Helpp... Helpp... Help... :))
Wednesday, January 5, 2011
Honeymoon
Tips Hamil

Rahsia Pertama – Elakkan penghasilan telur dan sperma lama
Penghasilan fetus yang sihat dan kuat, kedua-dua suami dan isteri hendaklah mengeluarkan telur dan sperma yang segar. Ini bermaksud elakkan hubungan seks beberapa hari sebelum hari subur isteri anda, kerana sperma boleh bertahan selama 3 hari. Selepas 3 hari sperma ini akan lama dan rosak.
Jika hari subur isteri jatuh pada hari ke-13 dan-14, maka anda digalakkan bersama setiap hari atau selang sehari pada hari ke-11, ke-12, ke-13 dan ke-14. Elakkan bersama selepas hari ke-14.
Contohnya hari pertama haid anda adalah 1/1/2011, maka hari subur anda adalah 13/1/2011 dan 14/1/2011. Anda digalakkan bersama suami sekerap yang mungkin atau selang sehari pada 11/1/2011, 12/1/2011, 13/1/2011 dan 14/1/2011 dan berhenti bersama pada hari yang berikutnya,iaitu 15/1/2011 untuk mengelakkan telur dan sperma sudah tamat tempoh bagi mengurangkan risiko keguguran.
Rahsia Kedua – Tingkatkan bilangan sperma sehingga hari subur
Bagi si suami pula, anda dinasihat tidak melakukan ejakulasi langsung 3 hari sebelum hari subur isteri anda bagi meningkatkan bilangan sperma dan menjamin kualiti sperma yang dihasilkan sehingga hari subur isteri anda
Rahsia Ketiga – Jangan cuba berkonsepsi jika hari subur(ovulasi) anda jatuh pada hari ke-17 atau lewat
Masa optima untuk hari subur (ovulasi) adalah hari-14 atau awal, apabila peluang untuk menghasilkan fetus yang sihat adalah 90%. Jika hari subur anda jatuh pada hari ke-15 atau lewat peluang tersebut jatuh kepada 43%.
Hari subur yang lewat juga meningkatkan risiko keguguran kerana sel telur yang dihasil telah lama dan rosak, dimana ia akan mengurang penghasilan hormone progesterone, iaitu hormone yang menyiapkan uterus atau rahim anda untuk proses kehamilan dan menghalang kedatangan haid anda.
Kelewatan hari subur anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu, dinasihatkan anda semak balik pemakanan seimbang anda, mengawal berat badan anda dengan senaman yang teratur, pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dan tidak tertekan(stress).
Rahsia Keempat – Sentiasa Berdoa & Bertawakal
Bagi yang beragama Islam kita digalakkan berdoa dan bertawakal. Mudah-mudahan dikurniakan apa yang kita idamkan. Di bawah saya sertakan doa untuk mendapat anak yang amat digalakkan baca setiap kali selepas solat:-
- Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38