Friday, May 27, 2016

Majlis Sanjungan Budi Encik Azman a.k.a Setiausaha Bahagian Kewangan

20 Mei 2016 - Majlis Sanjungan Budi untuk Setiausaha Bahagian Kewangan yang bertukar ke Kementerian Perumahan.


En Azman a.k.a Setiausaha Bahagian Kewangan. Inilah orang yang diraikan

Ini Penyambut Tetamu... Padahal bergambar jee lebey hahaha

See.... bergambar lagi.... 

Encik Mohamad - Setiausaha Bahagian kami yang baru. Steady laa boss




Sebahagian dari kakitangan Bahagian Kewangan... Ada beberapa ahli yang tidak dapat hadir malam tu
Kecil kan volume kami? tapi semua tugas di Kementerian kami yang handle. HEBAT kan... 
Jommm makan..... ni juru hias aku malam tu. habis ditenyeh muka aku



mamat ni a.k.a PSU Bajet,  memang akan menyibuk kalau wanita2 bergambar
Steady kan SUB baru aku ni hahaha.... redha jee apa anak buah suruh buat

Saturday, May 7, 2016

Aktiviti Hujung Minggu

Ini aktiviti hujung minggu... Kerana puan isteri teringin nak makan kuih lapis... Maka berusaha jugalah En Suami buatkan. Terpaksa guna pewarna kuning gara-gara pewarna merah Luput Tempoh hahaha....

Rajin kan en Suami ni... ni time dia rajin laa hahahahaha

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru Adeq Sepupu...

1 Mei 2016 - Adeq Sepupu ku selamat diijabkabulkan...

Family Makcik... Arwah Pakcik tentu gembira lihat anak2 dah besar dan berjaya sekarang

Ini muka kepanasan menanti pengantin lelaki tiba hehehe.... 

Saturday, April 23, 2016

Medical Check Up

Seperti biasa.... 3 bulan sekali, aku dan en suami balik bawa bapa mertua ku untuk check up. Kali ini tersangat2 menduga kesabaran kerana terpaksa menunggu terlalu lama.

Dari jam 8 pagi hingga hampir ke pukul 2 petang... 

En Suami mengelat... malas nak bawa kereta sebab katanya mengantuk...
tapi sebenarnya sibuk nak berselfie & main games... hampeh

Friday, April 22, 2016

20 APRIL 2016

Selamat Ulangtahun kepada diriku yang ke.... ke 36. Aduhhh sudah tua aku ni. Pada tahun ini seperti tahun2 yang sudah, ku harapkan diberikan kesihatan untuk aku menjaga keluargaku Suami dan kedua Ibu Bapaku serta dikurniakan zuriat buatku..

Ramai yang beri ucapan di Facebook & WhatsApp,....Terharu beb

Lebih terharu bila terima kunjungan bunga dari En Suami... Sudah 7 tahun, masih tidak lupa untuk kiriman kepadaku... Terima kasih.

Ibu dan Ayah masing2 hadiahkan aku sepasang baju kurung baru dan pulut kuning.

Adik & Abang? Katanya ada suprise bila aku balik sana hahaha...

Pulut Kuning - Mak
Sate - Ayah
Bunga & Kek - Suami

Sunday, April 10, 2016

Kursus Di Melaka


3 hari 2 Malam kursus di Melaka... Kursus ini pada mulanya wajib tapi disebabkan dah keluar pekeliling ditangguh kursus 7 hari, akhirnya jadi kursus suka suki...

Saje nak berjalan2, lari dari suasana opis....

Semua yang hadir adalah orang dari Jabatan di Melaka... Aku dan member sahaja datang dari Putrajaya hahaha... Semua terkejut bila aku memperkenalkan diri.

Saturday, April 9, 2016

SELAMAT ULANGTAHUN AYAH


Hari ini 9 April 2016 genap umar ayahku 65 tahun... Alhamdulilah, setiap tahun aku adik beradik masih tidak pernah lupa akan tarikh lahir ayah yang telah membesarkan aku semua.

Terima kasih ayah kerana selama ini sentiasa ada dengan angah. Insyallah, angah akan jaga ayah dan emak hingga akhir hayat angah. Terlalu banyak pergorbanan ayah pada aku selama ini. Sanggup bersusah payah untukku. Kini giliran aku untuk bersusah payah untuk ayah.