Sunday, July 22, 2018

Durian ooo Durian







kami ke kebun durian di Jelebu Negeri Sembilan untuk menikmati durian.. syoik dapat makan durian yang betul2 baru luruh dari pokok. asal dengar aje durian luruh, berlari kami mencari.
terima kasih tuan kebun, izinkan kami makan sampai senak perut, siap bawa balik lagi. moga dimurahkan rezeki tuan kebun sekeluarga.

terima kasih juga pada encik suami kerana rajin ikut program puan isteri 😍


Wednesday, June 20, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018. Tahun ini kami beraya di Utara. Perak-Kedah.

Gambar di pagi raya... en Suami memang poyoo.. adik sepupu pun melayan aje nak ambilkan

Wednesday, June 13, 2018

Projek Kuih Hari Raya




Ini projek last minit en Suami untuk hari raya.. ada seminggu lagi nak raya dia boleh pulak buka tempahan untuk kuih Almond London..

Alhamdulillah walaupun raya tinggal 7 hari  lagi, lebih 50 botol permintaannya. cuma akak memang tak larat nak buat. Sudahnya en Suami yang ambil cuti untuk selesaikan. Siapa suruh open order kan, akak nak cuti panjang ni memang banyak kerja di opis so memang tak boleh lah nak cuti..

Terima kasih banyak pada yang sudi menempah. Insyallah raya haji nanti kami buka semula tempahan.

Thursday, April 26, 2018

Kursus Pengurusan Kewangan Tahun 2018


mata dah "koyak" tapi kita layan juga kursus kewangan ni selama 4 hari di Penang. dah rindu dengan "roomate" 

Friday, April 20, 2018

Bowling



Ini aktiviti luar pertama di Kementerian baru ...


Hari Lahir 2018



Ingatkan bila dah pindah Kementerian ini dah takde kejutan rupanya lagi meriahnya.. 1 opis sampai bos pun sama joint buat kejutan. 
en Suami ni kawan-kawannya bersepah, ada sahaja bantuan dari kawan-kawannya.

Terima kasih semua. Semoga dengan bertambah usia ni akan bertambah muda lah akak selalu hahaha...

angka 4 sudah mula menjenguk-jenguk hahahaha....