Friday, February 17, 2023

Kuala Kangsar



 Jarang-jarang nak bersemut-semut ni hahaha...

Punya lama baru nak masuk dalam blog. Ini kejadian balik kampung di Kuala Kangsar. Balik sempena perkahwinan adik2 sepupu.. Dewasa sudah mereka tunggu dapat cucu aje aku ni hahaha.

Balik kali ni masa betul2 padat, tak sempat nak berjalan ke Penang hehehe...

Semoga kalian berbahagia hingga ke jannah. Ingat pesan akak ko ni

Kita tak perlu mencari insan yg SEMPURNA utk dijadikn teman setia,

cukup seorang insan yg dpt menjadikn kita rasa sempurna apabila bersama


Tuesday, January 10, 2023

Selamat Tinggal Bahagian PP

 2 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022.. genap 5 tahun berada di team bayaran Bahagian PP KPLB.

dari merangkak mengenai bayaran kontrak kerja sehingga dah mampu berlari marathon ☺️.

pada awal dapat memo pertukaran, akauntan dan setiausaha bahagian mohon dikekalkan tetapi apakan daya.. semuanya sudah tertulis harus jua pergi melangkah pergi 😂

kita ok sahaja ke mana pun perlu ditukarkan sebab semua itu adalah adat resam dalam perkhidmatan. 

cuma bila berada di tempat baru ni jangan anggap kita ni boleh terus berlari. kena slow2 belajar semula. nak kata benda baru tu tidaklah cuma 5 tahun ni banyak pekeliling berkaitan perolehan sudah berubah. selama 5 tahun kita ni mahir dalam pekeliling JKR 😂









Saturday, January 7, 2023

5 BuLan


 Selepas 5 bulan dari pembedahan..  Semoga terus mampu mengorak langkah 😆

Monday, November 7, 2022

Hari Keluarga Bahagian Pencen








 

Pertama Kali

 31.07.2022 - 09.09.2022

partner hantarkan kita daftar
untuk masuk wad.. masa ni hati berbelah bahagi
nak buat atau tidak

naik ni untuk ke wad sebab jauh juga
kalau berjalan

taraaa... dah dapat gelang emas

dah tukar uniform
duduk di wad kuarantin sementara tunggu
result covid.. 
mata tu bengkak sebab asyik nangis
nampak aje konon2 kuat, sebenarnya bluweekkk
kuat nangis
nurse2 semua berikan kata2 semangat tapi
kita lagi tambah sedih 

tukar uniform lagi..
kali ni dah duduk wad sebenar selepa
dapat result -ve covid
masa ni, perasaan makin stabil

nak cucuk benda alah ni pun sampai lebam2 tangan
kita sepanjang hari. 
nurse yang memula cucuk jam 6 pagi tak pandai cari urat kita
sampai 3 tempat dia cucuk masih tidak berjaya
sudahnya jam 11 malam, staff nurse syikin berjaya buat
alhamdulillah.. so sis boleh terus tidur

tepat jam 7.30 tolak gie bilik pembedahan
masa ni dalam fikiran, andai hanya jasad ku sahaja 
yang balik nanti, bagaimanakah dengan kedua ibu bapa ku 😢

alhamdulillah.. selama 4jam betarung nyawa di dalam bilik bedah
keluar2 dapat 1 lagi hadiah sebelah kanan

merasalah sis mc lama2..