Tuesday, December 29, 2020

Monday, December 28, 2020

Jalan Berlenggang-lenggok


ini acara berjalan berlenggang lenggok semata-mata untuk bantu partner recovery aje hahaha...

 

Monday, December 21, 2020

ENTAH BILA


 Berikan aku waktu

Untuk aku ceritakan

Apa rasanya hati ini

Kau tinggalkan perlahan

Berikan aku ruang

Untuk aku meluahkan

Rasa yang terdalam

Rasa yang takkan pernah

Kau faham

Entah apa

Lagi harus ku cuba

Untuk memiliki seluruh hatimu

Seluruh cintamu

Entah bila akan aku temukan

Semua bahagia

Walau bukan dengan kamu

Walau perit harus ku lepaskan

Haruman ini melemparku pergi

Kembali pada bila

Ku cuba melepaskan semua

Entah apa lagi harus ku cuba

Untuk memiliki seluruh hatimu

Seluruh cintamu

Entah bila akan aku temukan

Semua bahagia

Walau bukan dengan kamu

Walau perit harus ku lepaskan

Berikan aku waktu

Untuk aku meluahkan

Apa rasanya hati ini

Yang kau bunuh perlahan

Friday, December 11, 2020

alhamdulillah.. tahniah cinta hati

 

 

alhamdulillah.. selesai larian full marathon dia hari ini.

lepas ni siap sedia laa dia bawa kau lari half marathon pulak 😂


#klscm2020vr 

Sunday, December 6, 2020

KLSCM2020VR




~Lama tak berpeluh~
Let's run dan stay fit


 

13 tahun Penjawat Awam



6 Disember 2007 ~ Genap 13 tahun dalam perkhidmatan awam. apa kaitan dengan gambar aku upload ni?? 😂😂 mana yang kenal aku sejak hari pertama jejak kaki ke perkhidmatan awam mungkin masih ingat cerita ini. pagi hari pertama lapor diri ke Bahagian, terus diarah untuk hadir kursus di bandar Melaka. Tahun 2007 bukan macam sekarang, tekan waze terus tunjuk ceruk mana laluannya. Telefon pun takda sambungan internet hahaha 🤣

Peta tuu EO aku cetakkan untuk aku pergi ke sana.. Dah laa kena pergi sorang2 dan inilah kali pertama aku jejak Putrajaya. Lepas tu boss suruh pergi Melaka!! Ohh Noooo.. Tak tahu nak gambar perasaan masa tu, nak nangis atau nak ketawa.. tapi sekarang kalau teringat memang aku ketawa laa hahaha 😂.

Buatnya aku sesat, aku nak telefon siapa??? No telefon boss pun aku takde 🤣🤣🤣🤣
Dengan berbekalkan peta dan tuu "hubby" (keretaku), aku redah jee menuju ke Melaka seorang diri. Alhamdulillah berjaya aku jumpa hotel tu tanpa sesat. Rasa bangga saat tu. Padahal seumur hidup aku tak pernah lagi jejak bumi Melaka tu. Bawa kereta pun sekadar memandu di bandar JayBee je.

Pada EX BOSS  (dia ada dalam friendlist ni 😂😂🤣🤣) terima kasih boss atas tunjuk ajar boss. walaupun ramai kata boss garang, tapi kami anak buah boss tetap cakap boss terbaik 👍👍👍

#copypaste FB

aku bersyukur dapat ketua dan rakan2 yang saling membantu dan sangat happening 


 

ini komen ex KPSU yang suruh aku pergi kursus tu..
walaupun sekarang dah jadi Jusa dia tetap ingat kisah ni hahaha

ni komen ex PSU aku

ini ex PSU yang sempat bersama tak 6 bulan sahaja




Saturday, September 26, 2020

26 September 2020

 

hari ni target 500 calories tapi yang perginya 900 hambikkkkkkk hahaha....









Wednesday, September 16, 2020

Sekali Lagi

 Bila pakwe ni dah mula minat hiking, makwe pun ikutlah kehendak dia. Tuu kasut makwe belikan untuk dia biar bersemangat hahaha









Thursday, September 3, 2020

Selamat Ulangtahun Cinta Hati



💓 Semoga dirimu selalu diberikan kesihatan yg baik,
💓 Dipanjangkan usiamu,
💓 Diberikan rezeki yang melimpah,
💓 Semoga segala cita2 tercapai,
💓 Sentiasa dibawah lindungan ALLAH SWT, 
💓 Terima kasih untuk segalanya...
💓 I always love u till Jannah...😘😘😘

Sunday, August 23, 2020

Kursus Pengurusan Akruan di Kuala Terengganu

Simpan sini sebagai kenangan .. berkursus sambil jalan-jalan cari makan selama 3 hari.

hari kedua di KT dapat panggilan dari boss ajak minum petang. ni bukan menu minum petang boss. penat saya nak buang lelemak ni balik boss 😆 

















MELATI HILL

disebabkan sudah lewat selesai membeli lauk pauk di pasar, maka kami pergi hiking ajelah sebab dah panas kan..







 

Wednesday, August 5, 2020

Selamat Ulangtahun Emak

Selamat Hari Ulang tahun kelahiran buat emak tersayang Puan Kamidah
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Moga mak 😘

● Dikurniai keberkatan umur
● Dimurahkan rezeki
● Ditetapkan keimanan
● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
● Kesihatan yang baik
● Berjaya di dunia & akhirat
● Sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah swt.

Aamiin Aamiin Ya Rabb Al Aamiin 
.....