6 Disember 2007 ~ Genap 13 tahun dalam perkhidmatan awam. apa kaitan dengan gambar aku upload ni?? 😂😂 mana yang kenal aku sejak hari pertama jejak kaki ke perkhidmatan awam mungkin masih ingat cerita ini. pagi hari pertama lapor diri ke Bahagian, terus diarah untuk hadir kursus di bandar Melaka. Tahun 2007 bukan macam sekarang, tekan waze terus tunjuk ceruk mana laluannya. Telefon pun takda sambungan internet hahaha 🤣
Peta tuu EO aku cetakkan untuk aku pergi ke sana.. Dah laa kena pergi sorang2 dan inilah kali pertama aku jejak Putrajaya. Lepas tu boss suruh pergi Melaka!! Ohh Noooo.. Tak tahu nak gambar perasaan masa tu, nak nangis atau nak ketawa.. tapi sekarang kalau teringat memang aku ketawa laa hahaha 😂.
Buatnya aku sesat, aku nak telefon siapa??? No telefon boss pun aku takde 🤣🤣🤣🤣
Dengan berbekalkan peta dan tuu "hubby" (keretaku), aku redah jee menuju ke Melaka seorang diri. Alhamdulillah berjaya aku jumpa hotel tu tanpa sesat. Rasa bangga saat tu. Padahal seumur hidup aku tak pernah lagi jejak bumi Melaka tu. Bawa kereta pun sekadar memandu di bandar JayBee je.
Pada EX BOSS (dia ada dalam friendlist ni 😂😂🤣🤣) terima kasih boss atas tunjuk ajar boss. walaupun ramai kata boss garang, tapi kami anak buah boss tetap cakap boss terbaik 👍👍👍
#copypaste FB
aku bersyukur dapat ketua dan rakan2 yang saling membantu dan sangat happening
ini komen ex KPSU yang suruh aku pergi kursus tu.. walaupun sekarang dah jadi Jusa dia tetap ingat kisah ni hahaha |
ni komen ex PSU aku |
ini ex PSU yang sempat bersama tak 6 bulan sahaja |
No comments:
Post a Comment