Rahsia Pertama – Elakkan penghasilan telur dan sperma lama
Penghasilan fetus yang sihat dan kuat, kedua-dua suami dan isteri hendaklah mengeluarkan telur dan sperma yang segar. Ini bermaksud elakkan hubungan seks beberapa hari sebelum hari subur isteri anda, kerana sperma boleh bertahan selama 3 hari. Selepas 3 hari sperma ini akan lama dan rosak.
Jika hari subur isteri jatuh pada hari ke-13 dan-14, maka anda digalakkan bersama setiap hari atau selang sehari pada hari ke-11, ke-12, ke-13 dan ke-14. Elakkan bersama selepas hari ke-14.
Contohnya hari pertama haid anda adalah 1/1/2011, maka hari subur anda adalah 13/1/2011 dan 14/1/2011. Anda digalakkan bersama suami sekerap yang mungkin atau selang sehari pada 11/1/2011, 12/1/2011, 13/1/2011 dan 14/1/2011 dan berhenti bersama pada hari yang berikutnya,iaitu 15/1/2011 untuk mengelakkan telur dan sperma sudah tamat tempoh bagi mengurangkan risiko keguguran.
Rahsia Kedua – Tingkatkan bilangan sperma sehingga hari subur
Bagi si suami pula, anda dinasihat tidak melakukan ejakulasi langsung 3 hari sebelum hari subur isteri anda bagi meningkatkan bilangan sperma dan menjamin kualiti sperma yang dihasilkan sehingga hari subur isteri anda
Rahsia Ketiga – Jangan cuba berkonsepsi jika hari subur(ovulasi) anda jatuh pada hari ke-17 atau lewat
Masa optima untuk hari subur (ovulasi) adalah hari-14 atau awal, apabila peluang untuk menghasilkan fetus yang sihat adalah 90%. Jika hari subur anda jatuh pada hari ke-15 atau lewat peluang tersebut jatuh kepada 43%.
Hari subur yang lewat juga meningkatkan risiko keguguran kerana sel telur yang dihasil telah lama dan rosak, dimana ia akan mengurang penghasilan hormone progesterone, iaitu hormone yang menyiapkan uterus atau rahim anda untuk proses kehamilan dan menghalang kedatangan haid anda.
Kelewatan hari subur anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu, dinasihatkan anda semak balik pemakanan seimbang anda, mengawal berat badan anda dengan senaman yang teratur, pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dan tidak tertekan(stress).
Rahsia Keempat – Sentiasa Berdoa & Bertawakal
Bagi yang beragama Islam kita digalakkan berdoa dan bertawakal. Mudah-mudahan dikurniakan apa yang kita idamkan. Di bawah saya sertakan doa untuk mendapat anak yang amat digalakkan baca setiap kali selepas solat:-
- Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
5 comments:
time subur usha lebih yer yang..
Insyallah... tengah menghitung hari2 kesuburan nie. Doa2kan lah yea
salam sis pieja!!!('',)
insyaAllah berkat usaha...
p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "♣ FuTsaL CPK ♣"
fz dh cube lom teknik sujud ..kahakaha
x sempat nak cuba laa... skrg tgh saat kuarantin hik3. sabar... sabar... sabar...
Post a Comment