Friday, June 4, 2021

Kuarantin Covid-19

 rentetan 

24 Mei 2021 - suami pergi ke pejabat. isteri dah pesan banyak kali pakai mask walaupun di pejabat. jangan campur dengan ramai2 orang. duduk sahaja di tempat. makan pun di tempat sendiri sahaja. banyak amanat isteri hehe

25 Mei 2021 - Petang suami dapat makluman ada 2 orang kakitangan yang +ve covid19 datang semalam. terus isteri ni jadi tak tentu rasa. maklum ler dalam rumah ada 2 orang emas, ada 2 kanak2 umur 3 tahun. kalau setakat kami berdua, ok lagi. terus isteri buat temujanji untuk buat swab test under swasta dahulu sementara tunggu pkd panggil. 

petang tu juga isteri ni buat sanitasi rumah. bagitahu mak yang lepas ni aku & suami kena duduk dalam bilik tak boleh keluar masa orang lain ada. 

26 Mei 2021 - Pepagi dah pergi buat swab test. berdebar menanti keputusan. kami buat RTK-Antigens sebab nak tahu result dlm masa 24jam. Alhamdulillah dapat result -ve

30 Mei 2021 - Dapat panggilan pkd Sepang untuk. buat swab test pada 1 Jun 2021

1 Jun 2021 - Pepagi dah keluar untuk buat swab sambil sebenarnya nak tengok dunia luar. punya terperap aje dalam bilik sampai habis channel tv kami tengok haha

3 Jun 2021 - Suami call sana sini untuk nak tahu resultnya. 

4 Jun 2021 - Suami call lagi tapi masih belum ada result. Jam 11 pagi baru PKD call bgtahu result -ve. rasa masa tu hanya tuhan yang tahu. alhamdulillah syukur sangat

ingatlah kalau rasa diri sudah tak sihat, silalah duduk di rumah.  tolonglah jangan bahayakan orang lain. hari2 aku ni asyik bising dekat suami marahkan orang yang +ve tu. aku tahu takde siapa nak sakit tetapi dia dah tahu diri tak sihat, swab pun dah ambil cuma result tak dapat lagi tetapi dia boleh pula datang pejabat. itu yang aku sakit hati. kau tu bujang, duduk rumah sorang2. orang lain ramai ahli keluarga.. jadinya tolong jangan pentingkan diri. 

#kitajagakitaAllahjagakita 





No comments: