Wednesday, June 9, 2021

Vaksinasi Covid-19

alhamdulillah.. tadi selesai bawa kedua-duanya untuk suntikan vaksin.

setelah ditunda 3 kali tarikh temujanji. walaupun tempat, waktu dan jenis vaksin yang berbeza, aku tetap jalankan tanggungjawab pada mereka selagi mereka ada. 

semasa di dewan ada yang aku tengok warga emas ni keseorangan tanpa pengiring tetapi nasib ada sukarelawan dan petugas kkm yang banyak membantu melancarkan proses. 

semoga keduanya sihat sentiasa. tak sabar nak bawa mereka pulang ke kampung berjumpa adik beradik.

#kitajagakitaAllahjagakita









No comments: