Friday, August 6, 2021

Vaksin


 Alhamdulillah kami selesai kedua2 dose bersama-sama.. Sama-sama kita doa moga virus ini segera lenyap dalam muka bumi ini. 

Wednesday, June 9, 2021

Vaksinasi Covid-19

alhamdulillah.. tadi selesai bawa kedua-duanya untuk suntikan vaksin.

setelah ditunda 3 kali tarikh temujanji. walaupun tempat, waktu dan jenis vaksin yang berbeza, aku tetap jalankan tanggungjawab pada mereka selagi mereka ada. 

semasa di dewan ada yang aku tengok warga emas ni keseorangan tanpa pengiring tetapi nasib ada sukarelawan dan petugas kkm yang banyak membantu melancarkan proses. 

semoga keduanya sihat sentiasa. tak sabar nak bawa mereka pulang ke kampung berjumpa adik beradik.

#kitajagakitaAllahjagakita









Tuesday, June 8, 2021

Kerja ooo Kerja

inilah hasil setelah 10 hari tak datang pejabat... 
hari2 kontraktor call tanya bayaran. nasib lah telefon pejabat memang bersambung dengan handphone jadinya takde lah risau sangat. cumanya walaupun komputer pejabat boleh control dari rumah tetap aku tak boleh buat bayaran. AG dah keluarkan arahan VPN hanya boleh digunakan menggunakan laptop pejabat bukan peribadi. payah jugaler AG ni masa PKP ni





 

Friday, June 4, 2021

Kuarantin Covid-19

 rentetan 

24 Mei 2021 - suami pergi ke pejabat. isteri dah pesan banyak kali pakai mask walaupun di pejabat. jangan campur dengan ramai2 orang. duduk sahaja di tempat. makan pun di tempat sendiri sahaja. banyak amanat isteri hehe

25 Mei 2021 - Petang suami dapat makluman ada 2 orang kakitangan yang +ve covid19 datang semalam. terus isteri ni jadi tak tentu rasa. maklum ler dalam rumah ada 2 orang emas, ada 2 kanak2 umur 3 tahun. kalau setakat kami berdua, ok lagi. terus isteri buat temujanji untuk buat swab test under swasta dahulu sementara tunggu pkd panggil. 

petang tu juga isteri ni buat sanitasi rumah. bagitahu mak yang lepas ni aku & suami kena duduk dalam bilik tak boleh keluar masa orang lain ada. 

26 Mei 2021 - Pepagi dah pergi buat swab test. berdebar menanti keputusan. kami buat RTK-Antigens sebab nak tahu result dlm masa 24jam. Alhamdulillah dapat result -ve

30 Mei 2021 - Dapat panggilan pkd Sepang untuk. buat swab test pada 1 Jun 2021

1 Jun 2021 - Pepagi dah keluar untuk buat swab sambil sebenarnya nak tengok dunia luar. punya terperap aje dalam bilik sampai habis channel tv kami tengok haha

3 Jun 2021 - Suami call sana sini untuk nak tahu resultnya. 

4 Jun 2021 - Suami call lagi tapi masih belum ada result. Jam 11 pagi baru PKD call bgtahu result -ve. rasa masa tu hanya tuhan yang tahu. alhamdulillah syukur sangat

ingatlah kalau rasa diri sudah tak sihat, silalah duduk di rumah.  tolonglah jangan bahayakan orang lain. hari2 aku ni asyik bising dekat suami marahkan orang yang +ve tu. aku tahu takde siapa nak sakit tetapi dia dah tahu diri tak sihat, swab pun dah ambil cuma result tak dapat lagi tetapi dia boleh pula datang pejabat. itu yang aku sakit hati. kau tu bujang, duduk rumah sorang2. orang lain ramai ahli keluarga.. jadinya tolong jangan pentingkan diri. 

#kitajagakitaAllahjagakita 





Sunday, March 28, 2021

Santai-santai bersama suami

seawal jam 5 pagi dah bergerak keluar dari rumah sebab tak mahu melekat masa naik dan tiada parking. jam 6.00 kami singgah Petronas untuk solat subuh.














ni gambar paparazi ambil.. diorang semua fikir akak ni pengantin baru
sampai direct tanya akak, korang baru kahwin ke hahaha
kami dah 10 tahun kahwin kak oiii.. laki saya memang mcm ni nampak jee ganaz
tapi lembut dengan isteri

Tuesday, December 29, 2020

Monday, December 28, 2020

Jalan Berlenggang-lenggok


ini acara berjalan berlenggang lenggok semata-mata untuk bantu partner recovery aje hahaha...